Klinik Pergigian Ermina · Nilai Impian · Isnin–Sabtu hingga 9 malam
KLINIK PERGIGIAN ERMINA · NILAI IMPIAN

Cabut Gigi di Nilai

Rawatan cabut gigi untuk gigi yang tidak lagi sesuai dikekalkan selepas pemeriksaan dan penilaian klinikal.

Cabut Gigi Dewasa
RM80–180

Cabut gigi kanak-kanak RM50–100. Harga bergantung kepada keadaan gigi dan kompleksiti cabutan selepas pemeriksaan.

BILA CABUT GIGI DIPERTIMBANGKAN?

Keadaan Gigi yang Mungkin Memerlukan Cabutan

Keputusan untuk mencabut gigi dibuat selepas pemeriksaan bagi menilai keadaan gigi, akar dan struktur sokongan.

Gigi rosak teruk yang mungkin memerlukan cabutan gigi

Gigi Rosak Teruk

Kerosakan yang sangat besar boleh menyebabkan struktur gigi tidak lagi sesuai untuk dipulihkan.

Ruang selepas kehilangan atau cabutan gigi

Gigi Tidak Dapat Dikekalkan

Keadaan gigi, akar dan struktur sokongan akan dinilai sebelum keputusan untuk mencabut gigi dibuat.

Gigi bermasalah yang memerlukan pemeriksaan sebelum cabutan

Gigi Longgar atau Bermasalah

Gigi yang sangat longgar atau mempunyai masalah pada struktur sokongan mungkin memerlukan cabutan bergantung kepada keadaan klinikal.

Ilustrasi proses cabutan gigi langkah demi langkah
PROSES RAWATAN

Bagaimana Cabutan Gigi Dilakukan?

Sebelum rawatan, doktor gigi akan memeriksa keadaan gigi dan menentukan pendekatan yang sesuai berdasarkan keadaan klinikal.

  • 1. Pemeriksaan
    Keadaan gigi dan kawasan sekeliling dinilai terlebih dahulu.
  • 2. Local Anaesthetic
    Kawasan rawatan diberikan bius setempat sebelum cabutan.
  • 3. Cabutan Gigi
    Gigi dikeluarkan menggunakan teknik yang sesuai berdasarkan keadaan gigi.
  • 4. Kawalan Pendarahan
    Kawasan cabutan diperiksa dan arahan penjagaan selepas rawatan diberikan.
JENIS CABUTAN

Setiap Kes Cabutan Tidak Sama

Tahap kesukaran bergantung kepada keadaan gigi, kedudukan gigi, akar dan struktur di sekelilingnya.

Cabutan Gigi Dewasa
RM80–180

Untuk cabutan yang sesuai dilakukan sebagai cabutan biasa selepas pemeriksaan.

Cabutan Gigi Kanak-kanak
RM50–100

Harga bergantung kepada keadaan gigi dan penilaian klinikal.

Sesetengah gigi mungkin memerlukan prosedur yang lebih kompleks. Pemeriksaan diperlukan untuk menentukan jenis rawatan dan anggaran caj yang sesuai.
CABUT GIGI DI NILAI IMPIAN

Perlu Periksa Gigi?

Pemeriksaan membantu menentukan sama ada gigi masih boleh dipulihkan atau cabutan merupakan pilihan rawatan yang sesuai.

Isnin–Sabtu · 9:30 pagi–9:00 malam

WhatsApp untuk Appointment
WhatsApp Call Directions